Apabila ditanya, apa yang terbayang di minda apabila menyebut tentang ‘hidup’? Maka, saya akan jawab, saya akan membayangkan ujian dan cubaan. Ujian yang datang bersilih ganti dengan kebahagiaan yang ALLAh Ta’ala telah tetapkan. Disebalik ujian, pasti ada kebahagiaan. Disebalik kebahagiaan, pasti ALLAh Ta’ala datangkan ujian.
Itu sunnatullah.
Manusia, tiada pilihan kecuali berhadapan dan menerima apa yang ALLAh Ta’ala telah tetapkan. Sebab, manusia itu tidak akan pernah dapat melarikan diri dari berhadapan dengan segala ujian yang ALLAh Ta’ala berikan.
Cuba menghindar masalah dengan membunuh diri? Itu adalah perbuatan manusia yang hilang akal! Hakikatnya, apabila seseorang membunuh diri, maka ia telah mengundang murka ALLAh Ta’ala dan masalah lain pula menantinya; seksaan di alam barzakh.
Dunia ini menjanjikan cubaan demi cubaan untuk bayaran sebuah kebahagiaan!
Jangan Hanya Membuka Mata, Tapi Hati Juga
“Dan Kami pasti akan uji kamu dengan sedikit rasa takut, rasa lapar, kekurangan harta, kekurangan nyawa dan kekurangan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar.” – al Baqarah : 155
ALLAh Ta’ala memang telah menjanjikan dan menetapkan ujian buat manusia!
Jika direnung-renung kitaran hidup seharian manusia, memang tiada manusia yang terlepas daripada ujian dari ALLAh, sama ada seseorang itu sedar atau tidak. Semuanya datang secara silih berganti. Manusia akan diuji dengan masa yang lapang, masa yang sempit, gembira dan sedih, sakit dan sihat dan juga diuji dengan setiap pertemuan dengan manusia.
Ada manusia yang diuji, hari ini tidak dapat menjamah apa-apa. Esok pula hanya dapat menjamah nasi yang sedikit. Tidak dapat membeli apa yang diingin lantaran ujian kemiskinan. Sedih, kan?
Tapi, adalah suatu kepastian yang sangat pasti! Setiap ujian itu baik kesenangan atau kesusahan, pasti tidak kekal. Setiap satu darinya ada sifat pasang dan surutnya. Ujian-ujian tersebut akan menyapa kehidupan hamba ALLAh Ta’ala untuk tempoh waktu yang ditentukan, lalu digantikan dengan sesuatu yang sesuai dengan kehendak-Nya.
Yang penting, harus SABAR dalam BERUSAHA!
Bersusah-susah Di Dunia, Bersenang Di Syurga Selamanya
Semua orang tahu hakikat hidup di dunia ini sementara cuma. Yang kekal hanyalah negeri akhirat sana. Semua beriman tentang perkara itu, kan? Ada sebuah hadis yang sangat terkesan dihati,
"Rasulullah SAW bersabda :MashaAllah~!
“Seseorang Muslim akan tetap diberi cubaan, sehingga dia berjalan di muka bumi ini tanpa dosa sedikit pun.” – HR. al Bukhari
Betullah. Ujian itu adalah pengguguran dosa manusia. Subhanallah!
Pernah tidak anda terfikir, manusia beribadat di dunia ini memang untuk bekalan di akhirat kan? Bekalan untuk menyelamatkan dirinya diantara dua gerbang yang memisahkan kenikmatan mahu pun kesengsaraan.
Tapi pernah tidak kita cuba kerah diri kita dan set dalam minda, di dunia memang kita beriman, beramal dan beribadat dengan sungguh-sungguh untuk meraih pandangan rahmat ALLAh. Dan tinggal di dunia itu hanya sementara, bukan?
Sementara di akhirat sana, manusia yang beruntung akan tinggal di dalam syurga untuk selama-lamanya! Padahal, manusia di dunia bersusah payah mendidik dan memaksa diri hanyalah sementara. MashaAllah.
Besar sungguh sebuah bayaran di akhirat untuk ujian yang tidak kekal di dunia!
Dan ganjaran yang mahal itu hanyalah bagi manusia-manusia yang tetap sabar berada dalam kejernihan Islam dan tidak terbawa-bawa dengan budaya yang kurang mempamerkan akhlak seorang Muslim.
Pssst! Jika anda seorang Muslim, maka anda harus menjadi Muslim dari sudut akidah, akhlak dan juga pertuturan; lisan mahu pun taipan tangan!
Lihat Dunia Ini Dengan Penuh Hikmah
Tatkala disapa ujian, perkara asas yang sangat perlu diterapkan dalam diri manusia adalah bersangka baik dengan ALLAh Ta’ala yang memberi ujian tersebut. Jangan sesekali bersangka buruk kepada-Nya, jika tidak, maka buruklah hidup seseorang itu.
Hamba-hamba yang beriman, menerima dengan redha percaturan takdir ALLAh Ta’ala. Dalam masa yang sama, tidak ditinggalkan usaha, doa dan tawakkal untuk menyelesaikan ujian yang ALLAh datangkan!
Ujian, musibah dugaan mahu pun kesenangan yang diberikan kita sebagai hamba harus terima dengan hati yang terbuka dan sentiasa bersangka baik. Tidak dinafikan, dugaan itu memang perit adakalanya, tetapi boleh jadi itu menjadi harga untuk pembuka pintu kepada keampunan dan rahmat dari Tuan Punya Dunia~!
Set dalam minda bahawa, ALLAh masih sayang dan tetap sayang kita! Senyum.
Saya tulis peringatan untuk diri saya terutamanya. InshaALLAh, saya akan baca dan baca dan akan berkata pada diri sendiri, post ini saya yang tulis dengan harapan akan dapat semangat baru kembali. *sengih*
Semoga ALLAh merahmati.
Silakan tinggalkan pesan, komentar, keluhan dan saran demi kemajuan isi blog: Form Komentar Munculan
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.