Kamis, 17 Januari 2013

Rukun Islam

Rukun Islam - 5 Perkara

1.  Mengucap Dua Kalimah Syhahadah
"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya".  Dengan syahadah kita mengabdikan diri dengan hati dan sanubari serta pengakuan dari lidah bahawa Tuhan yang Maha Esa itu hanyalah Allah s.w.t. sahaja dan Nabi Muhammad itu adalah rasulNya.

2.  Sembahyang 5 Waktu Sehari Semalam
 Dengan menunaikan sembahyang kita telah mengabdikan seluruh jiwa dan raga kita menyembah kepadaNya.  Dimulai dengan lidah yang menyebut, tangan yang bergerak, mata, telingan dan fikiran yang berpusat dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.
Kita sembahyang lima waktu sehari semalam tahukah kita setiap perbuatan yang kita lakukan semasa sembahyang sebenarnya ada rahsia disebaliknya.

Antara rahsianya:
*     Niat Sembahyang:- sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
*     Berdiri Betul:- Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita didalam kubur.
*     Takbiratul Ihram:- Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita didalam kubur.
*     Fatihah:- Sebagai pakaian yang indah-indah didalam kubur.
*     Rukuk:- Sebagai tikar kita didalam kubur.
*     Iktidal:- Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
*     Sujud:- Memagar kita ketika menyeberangai titian sirotulmustaqim.
*     Duduk Antara Dua Sujud:- Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.
*     Duduk Antara Dua Sujud (Akhir):- Menjadi kenderaan ketika kita di padang masyar.
*     Tahiyat Akhir:- Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh mungkar dan nangkir didalam kubur.
*     Selawat Nabi:- Sebagai pendinding api neraka didalam kubur.
*     Salam:- Memelihara kita didalam kubur.
*     Tertib:- Akan pertemuan kita dengan Allah.

 Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran.
Orang yang tidak melakukan solat pada :

    Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar.
    Zuhur : Tidak diberikan berkat dalam rezekinya.
    Asar : Dijauhkan dari kesihatan dan kekuatan.
    Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
    Isya' : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya.
 
3.  Berpuasa Di Bulan Ramadan
Dengan berpuasa kita telah mengekang hawa nafsu dan segala keinginan kita terhadap makanan, minuman dan menjauhi segala larangannya semata-mata kerana Allah.  Ini secara tidak langsung akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah.
4.  Mengeluarkan Zakat
Dengan mengeluarkan zakat kita telah mengabdikan diri kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya.


5.  Mengerjakan Haji Di Baitullah
Dengan mengerjakan haji kita telah membuktikan kepada Allah bahawa kita telah melengkapkan diri sebagai seorang muslim yang sejati.  Segala keperitan, dugaan dan cabaran diterima dengan rela dan sabar hanya semata-mata untuk Allah.

Sumber: putera1.tripod.com/islam/rukunislam.htm


Silakan tinggalkan pesan, komentar, keluhan dan saran demi kemajuan isi blog: Form Komentar Munculan