1. Beriman Kepada Allah
Dengan
Iman kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati hanya
semata-mata kerana Allah. Secara positif kita menuju tauhid yang
semurninya dan secara negatif menolak segala bentuk pemujaan kepada
selain Allah s.w.t.
2. Beriman Kepada Malaikat
Dengan
iman kita mempercayai adanya makhluk ghaib yang bernama malaikat yang
menjalankan tugasnya menurut perintah Allah. Secara positif kita
mempercayai kepada alam ghaib yang diberitakan oleh Allah dan secara
negatif kita menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak diberitakan
oleh Allah.
3. Beriman Kepada Kitab
Dengan
beriman kepada kita suci kita mempercayai adanya kitab-kitab yang Allah
turunkan kepada umat manusia melalui utusanNya masing-masing bagi
memimpin manusia ke jalan yang selamat dan kitab suci ini diakhiri
dengan kitab suci al-Quran.
4. Beriman Kepada Nabi Dan Rasul
Dengan
beriman kepada Nabi dan Rasul kita mempercayai adanya manusia polihan
yang diutuskan oleh Allah untuk memberikan petunjuk yang diakhiri dengan
Nabi Muhammad s.a.w.
5. Beriman Kepada Hari Kiamat
Dengan
iman kita mempercayai bahawa disebalik kehidupan di dunia yang fana ini
masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu suatu tempat
penentuan kedudukan manusia sama ada di syurga atau neraka.
6. Beriman Kepada Qada Dan Qadar
Dengan
beriman kepada Qada dan Qadar, kita mempercayai bahawa di samping kita
berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah
menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaanNya.
Sumber:putera1.tripod.com/islam/rukuniman.htm
Silakan tinggalkan pesan, komentar, keluhan dan saran demi kemajuan isi blog: Form Komentar Munculan
Tidak ada komentar:
Komentar baru tidak diizinkan.